Al-Fatihah. Perginya seorang Ulama' terbilang.

by - 12:01 PG



Assalamualaikum
Masih segar lagi, pukul 9.40 lebih tadi, arrien tengah tunggu azan Insya' sambil bukak twitter sekejap. Tetiba terbaca berita Datuk Haji Hasbullah Awang meninggal dunia. Memang terasa sedih, but lepas tu tutup and pergi solat. Tidak duga waktu itu perginya juga seorang ulama' yang disanjungi ke dunia lain. Pukul 10.20 malam, dapat pangilan telefon dari abang yang berada di pahang. Arrien masa tu dalam bilik,then terdengar macam agak kecoh dekat luar dengan suara adik ,mak, ayah yang saling tanya menanya... 'betul ke... meninggal' arrien tak dengar nama yang disebut. Kemudia keluar dan tanya kenapa. Adik jawab, ''Tok Guru nik aziz meninggal" sungguh kelu sebentar arrien masa tu. Rasa macam ak percaya. TV pulak masa tu tak dibukak. Ayah mula2 tak berapa nak percaya, sebab ingat khabar angin kemudia mak suruh bukak internet. Adik pulak terlebih dahulu on TV. Terus bukak TV1. and terkeluar ayat yang dibawah tu kata "Tok guru meninggal" semua, "al fatihah".
Ya Allah.. sumpah sampai sekarang rasa macam tak percaya. Seorang ulama' yang disegangi,disayangi telah pergi meninggalkan kita. Dimana lagi kita hendak cari ulama' seperti beliau? Beliau tiada galang gantinya. Seorang pemimpin, yang hidup sederhana. Yang telah memperjuangkan Islam dan yang telah melakukan perubahan besar kepada rakyat Kelantan & orang Islam. Subhanallah. Kalau nak cerita kebaikan beliau. Belum tentu jumpa titik noktahnya. Allahuakbar. Menitis air mata ini bila dapat tahu. Rasa seperti baru lagi tapi beliau dah pergi. Ya allah.. moga2 agak ada pengganti seperti beliau yang boleh terus memimpin orang Islam di Malaysia. 
Al-fatihah. 
:'(

You May Also Like

0 Comments