HOME OWNER TUTORIAL ARTWORK BLOGSKIN ASK.FM

Kpolaroids Giveaway !!


Click the awesome banner to join :D

Tutorial : Download Song From SoundCloud.


Camera + Travel = ♥
Assalamualaikum :)
Hai blogger?? apa khabar pembaca blog arrien amani?? sihat?? Alhamdulillah :) Dah lama rasanya tak update, rindu but tidak sempat, sobs 3 :'( :D Jadi disebabkan arrien baru habis UPP1 jadi boleh la arrien update sikit yea :) huhu jadi arrien nak share dengan korang semua tutorial ini, arrien pun tahu cara nie dari sebuah majalah jadi takut arrien sendiri terlupa cara nie jadi arrien tuliskan sebagai tutorial. Maybe dapat bagi manfaat kepada semua. Arrien tak tahu sama ada semua dah tahu cara nie or tak, but if tak boleh lah guna tuto arrien nie ye tak ?? :D
Tutorial ini ialah cara nak download lagu or mp3 dari SoundCloud. Selalunya org tak tahu yang sebenarnya lagu dari soundcloud boleh di download or maybe only me yg tak tahu?? haha whatever, so arrien nak share caranya coz sekarang nie arrien fan SoundCloud LOL XD

1. Open page SoundCloud.
2. Search lagu yang korang nak download.
3. Kemudian bila dah jumpa lagu yang korang nak download, click 'Share'
4. Next, copy code yang dia bagi yang arrien kotakkan merah itu.
5. Kemudian buka page SoundDrain pula.
6. Paste kan code yang korang copy dari SoundCloud dekat tempat download.
7. Kemudian tekan download, nanty dye akan keluar tajuk lagu yang korang download tu.
8. Right Click dekat tajuk lagu tu, then click 'Save link as..'
9. Nanty akan keluar tab untuk pilih dekat mana kita nak save/download lagu tu then click 'Save'.
10. Oke done :D Lagu yang korang nak download sudah selamat didownload ^_-
Good Luck :D
#PrayForMH370

Misteri Kehilangan MH370, Hanya Allah yang maha Mengetahui.



Assalamualaikum :)
Alhamdulillah akhirnya dapat juga arrien update blog mengenai cerita ini, hari telah hampir masuk hari ke-4 hilangnya kapal terbang MH370. Mesti sedih kan ahli-ahli keluarga mangsa :( Arrien harap ahli-ahli keluarga mangsa dapat bersabar.
Oke sebenarnya arrien update nie untuk arrien memberikan pendapat arrien tentang kejadian ini, walaupun media massa selalu mengatakan jangan sebarkan cerita yang tidak betul tapi yang arrien nak tulis ini bukan mengenai cerita yang tidak betul tetapi hanya pendapat. :)
Arrien rasa ramai yang dah tahu pasal nie, iaitu pasal tarikh & masa hilangnya pesawat MH370 ada kaitan dengan ayat didalam surah Yassin. Betul kan?? Bagi yang mungkin baru tahu, takpe jom sama-sama kita mengetahui apa yang dikatakan tarikh & masa kehilangan MH370 ada kaitan dengan ayat Al-Quran.
Pesawat MH370 dikatakan hilang pada 8/3/2014 iaitu pada pukul 2.41 pagi. Jika kaitkan dengan surah yassin, Surah Yassin mempunya 83 ayat iaitu sama dengan tarikh hilangnya MH370 iaitu pada 8/3. Kemudian lihat pula pada masa hilangnya MH370 iaitu pada minit ke 41. Lihat surah yassin dan baca terjemahan bermula ayat 41-44.
Maksud ayat 41-44 dari surah Yassin,
Maksudnya; Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan,{41} dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (angkutan lain) seperti apa yang mereka kenderai.{42} Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan,{43} melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberi kesenangan hidup sampai waktu tertentu.{44};
Jadi boleh jadi kejadian ini ada kaitan yang sangat rapat dengan ayat surah yassin nie. Kalau fikir logik, jika MH370 terhempas mesti akan dijumpai sisa pesawat itu. Kita ianya dirampas, mustahil perampas itu tidak mendaratkan pesawat itu dimana-mana. Dia mesti akan mendarat dimana-mana lapangan terbang & sudah pasti semua pihak akan tahu. Tapi kedua-dua kemungkinan itu tidak berlaku sampai sekarang (hari-3). Tapi kita kena fikir kembali kekuasaan Tuhan kita, Allah s.w.t. Bukankah Allah telah menghilangkan Nabi Isa dari muka bumi ini dengan menaikkan Nabi Isa ke langit? Jadi adakah mustahil bagi Allah untuk menghilangkan MH370? Sudah pasti tidak mustahil bagi Allah. Dan lagi satu, ini pula pendapat dari adik arrien yang hanya baru berumur 11 tahun. Dia kata " Entah-entah Allah turunkan Ayat tu (ayat 41-44 dalam surah yassin) sebenarnya nak menyatakan tentang kejadian ini". So bila arrien fikir-fikirkan balik, ada betulnya kata adik arrien tu. Bukankan Allah itu maha mengetahui, Jadi Dia tahu apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku & Dia juga tahu apa yang akan datang. Jadi walaupun ayat Al-Quran ini telah begitu lama diturunkan, tapi disebabkan Allah itu maha mengetahui maka tidak mustahil ayat ini diturunkan memang untuk kejadian ini. Siapa tahu kan.. Hanya Allah yang tahu..
Jadi kesimpulannya, kita sebagai hamba hanyalah mampu berdoa & memohon pertolongan daripada Allah supaya jika mereka berada dilaut, timbulkanlah & jika mereka diudara, turunkanlah. Mudah-mudahan misi mencari dan menyelamat dipermudahkan oleh Allah Amin :')
Yang paling penting kita berdoalah terutamanya kepada ahli keluarga mangsa kerana Allah amat mendengar doa hambanya yang ditimpa musibah :') Insyaallah

P/s: Coretan ini hanyalah dari budak berumur 17 tahun untuk mengongsi pendapat dan persoalan yang sering barmain difikiran, jika ada tersalah fakta atau pandangan harap dimaafkan :)
#KeepPrayForMH370

 
Copyright © .2011-2017. Inspired by Kio.All Right Reserved by Arrien Amani